Selasa, 31 Mac 2009

ELEMEN MULTIMEDIA..

Multimedia terdiri daripada 5 elemen penting iaitu:
  1. Grafik,
  2. Teks,
  3. Animasi,
  4. Video dan
  5. Audio.

Elemen ini boleh mempengaruhi sesuatu kerja yang dihasilkan. Untuk mendapat hasil kerja yang menarik, kita mestilah menggabungkan kelima-lima eleman ini untuk menarik perhatian penonton.

Tetapi dalam tugasan ini, saya akan menerangkan tentang 3 elemen dalam multimedia sahaja iaitu Grafik, Video dan Audio.


GRAFIK


Grafik merupakan elemen penting yang terdapat dalam multimedia. Apa yang saya faham, grafik ialah maklumat atau paparan yang terdiri daripada lukisan, ukiran, gambar rajah, simbol dan lain-lain bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maklumat atau idea. Grafik juga menrupakan persembahan visual dan ia membantu kita dalam menyampaikan sesuatu idea atau maklumat yang sukar untuk disampaikan melalui teks atau tulisan. Ia juga melibatkan lukisan yang abstrak dan boleh dilakukan dengan menggunakan perisian tertentu dalam komputer untuk memudahkan kerja kita.



Secara amnya, grafik terbahagi kepada dua iaitu:

  1. Imej bitmap
  2. Imej vektor

Imej bitmap adalah berkaitan dengan piksel yang mana imej bitmap terbentuk daripada kumpulan piksel yang terdapat dalam suatu imej dan piksel itu mempunyai bit-bit yang mewakili warna dan intensiti. Imej bitmap ini melibatkan saiz fail yang besar dan resolusi serta kedalaman memberi kesan kepada imej bitmap. Ia bergantung kepada resolusi. Jika resolusi imej tinggi maka ia akan menghasilkan imej yang tajam dan licin berbanding dengan resolusi yang rendah. Resolusi juga memberi kesan kepada saiz fail.




Antara perisian yang digunakan untuk imej bitmap ialah:

  1. Adobe Photoshop
  2. Corel Draw
  3. Corel Photo Paint
  4. Paintshop Pro

Format untuk imej bitmap ialah seperti:

  1. BMP- iaitu yang paling lama dan sesuai untuk menyimpangrafik dalam kualiti yang tinggi kerana format ini tidak memadatkan sesuatu imej. Format fail ini juga boleh diterima oleh mana-mana perisian.
  2. PICT- format ini biasanya digunakan pada komputer Apple Macintosh. Ia juga boleh digunakan untuk imej bitmap atau vektor.
  3. TIFF- Format ini biasanya digunakan oleh perisian pengimbas dan ia boleh dimampatkan.
  4. GIF- format ini meluas dan digunakan juga bagi www. Ia menggunakan 256 warna atau kurang dari itu. Imej dari format ini boleh digunakan untuk menghantar imej melalui talitan telefon.
  5. JPEG- Format ini paling sesuai untuk gambar foto tetapi kurang sesuai untuk huruf atau nombor dan juga lakaran.
Manakala imej vektor pula dikenali sebagai grafik berstruktur atau berorientasikan objek. Imej vektor merupakan asas pada lukisan atau objek seperti garis, bulatan, segi empat dan lain-lain. Grfik ini terbentuk melalui siri arahan yang mengarahkan bagaimana objek itu akan dilukis. Ia boleh diwakili melalui formula matematik kerana melibatkan geometri. grafik vektor tidak bergantung kepada resolusi dan juga tidak terdiri dari piksel. Grafik vektor juga melibatkan jalur, garisan dan "Anchor point" memrupakan titik perkaitan yang digunakan untuk menyambung garisan. Ia juga mempunyai garisan yang terbuka dan tertutup. Dalam grafik vektor, garis lengkung dan garis lurus pada setiap satu titik menunjukkan ia dikawal oleh kepanjangan pemegangnya dan sudut masing-masing. seperti gambar dibawah.


Antara perisian grafik vektor ialah:
  1. Macromedia Freehand
  2. Adobe illustrator
  3. Factal Design Expression

Format grafik vektor ialah:

  1. CDR- Format yang disediakan untuk perisian Coreldraw.
  2. CGM- Format yang paling meluas digunakan.
  3. DRW- Biasa digunakan oleh Microsoft Designer dan program yang menyokong perisian ini ialah Microsoft Word, Ami Pro dan lain-lain.
  4. DXF- Format untuk lukisan kejuruteraan dan senibina. Digunakan juga oleh program AutoCAD.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan