Selasa, 7 April 2009

VIDEO


Video adalah elemen yang terdapat dalam multimedia. Yang mana ia memudahakan kita untuk memamahi sesuatu mesej yang hendak disampaikan. Video juga dapat membantu menarik perhatian pengguna. Video juga merupakan teknologi memproses isyarat elektronik bagi menghasilkan gambar bergerak. Aplikasi umum bagi video ialah televisyen.

Terdapat dua jenis video iaitu video analog dan digital. Video Analog merupakan video yang disimpan dalam bentuk isyarat video televisyen, video tape, filem dan lain-lain. Ia juga dibentuk dari deretan signalk elektrik yang dirakam oleh kamera dan disalurkan kepeda gelombang udara. Signal bingkai atau frame video analog diwakili oleh signal elektrik yang tidak menentu. Ia juga dikenali sebagai Gelombang analog. Gelombang Analog ini mempunyai ciri video yang asas antaranya brightness dan cantrast, colour serta synchronization. Terdapat kelemahan antaranya kecairan warna, gambar kurang jelas dan kurang berkualiti.


Bagi Video Digital pula, adalah isyarat video analog yang telah didigitkan dalam format numerik. Proses untuk menukar video analog kepada digital perlulah menggunakan Analog to Digital Converter (ADC) manakala Digital to Analog Converter (DAC) digunakan untuk menukar video digital kepada analog.



Terdapat tiga komponen utama dalam video digital iaitu:

  1. Frame Rate - menunjukkan tentang kelancaran perjalanan sesuatu video dalam satu masa.


  2. Saiz Imej - Juga dikenali sebagai resolusi ruang. Saiz video digital yang dipaparkan adalah 1/4 daripada skrin komputer.


  3. Kedalaman Warna - Kedalaman warna atau jumlah warna yang dipaparkan oleh skrin pada sesuatu masa akan menentukan kejelasan paparan video digital. Jika kedalaman warna yang kurang maka video yang terhasil akan terketar-ketar atau tersekat-sekat dan sebaliknya.



Jenis piawaian:


  1. NTSC - Digunakan di Jepun dan US

  2. PAL - Digunakan di Eropah, UK, Australia, Afrika Selatan dan Asia.

  3. SECAM - Digunakan di Perancis dan Rusia




Terdapat 5 piawaian pemadatan dan format video digital iaitu:

  1. MPEG (Motion picture Expert Group)


  2. IVI (Intel Video Interactive)


  3. Cinepak


  4. Apple's QuickTime


  5. AVI (Microsoft Video For Windows

Dengan adanya video maka kita tidak lagi sunyi dan bosan. Multimedia membantu kita dalam dunia hiburan. Secara jelas, kita dapat lihat penggunaan multimedia ini semakin popular dengan adanya cerita Upin dan Ipin. Ini ternyata bahawa teknologi mampu meningkatkan hasil kerja yang berkualiti.

AUDIO


















Audio merupakan bunyi yang mampu menarik perhatian pengguna. Ia juga boleh mempengaruhi emosi, pemikiran dan tindakan seseorang. Audio mampu meningkatkan minat pengguna dan audio juga lebih memudahkan kita untuk mengingati sesuatu. Secara logiknya, semasa kita mendengar sesuatu muzik, muzik itu akan mempengaruhi emosi kita. Jika muzik itu tenang maka emosi kita juga tenang dan sayu. Perubahan ini diterima oleh gegendang telinga dan diterjemahkan dengan signal bunyi oleh otak kita. Gegendang telinga akan beruban mengikut kewujudan gelombang bunyi yang terhasil.

Amplitud mewakili kekuatan bunyi yang diterima dan diukur dalam unit decibels (db) manakala kadar perubahan tekanan udara dinamakan pitch. Bunyi atau audio disebarkan oleh gelombang molekul yang ada disekeliling kita dan getaran itu dikenali sebagai gelombang audio. Gelombang audio mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

Ciri-ciri gelombang audio ialah:
  1. Kekerapan (Frekuensi) - Kualiti bunyi bergantung kepada frekuensi mengikut hertz(Hz).
  2. Amplitud - Iaitu berkaitan intensiti bunyi atau loudness iaitu kekuatan bunyi.

Audio mempunyai dua nombor saluran iaitu mono dan stereo. Mono merupakan bunyi kepada satu saluran sahaja manakala stereo mempunyai dua saluran. Bunyi yang dihasilkan melalui saluran mono agak kurang realistik, kurang kualiti dan kurang bunyi jika dibandingkan dengan stereo. Kerana stereo adalah bersaiz dua kali lebih daripada mono. Audio juga mempunyai cara pengiraan. Pengiraan saiz fail audio ini bergantung kepada kadar, masa, resolusi dan nombor saluran.

Terdapat 8 format fail audio tetapi disini ada 4. Antaranya ialah:

  1. AIFF dan AIF (Audio Interchange File Format)- Ia sering digunakan pada komputer Macintish, IBM dan yang serasi dengan IBM. Boleh menampung pelbagai jenis saiz sampel dan aras.
  2. MID,MIDI dan MFF (Musical Instrument Digital Interface) -Format yang diterimapakai oleh seluruh dunia yang bertujuan untuk menyimpan audio dari jenis MIDI.
  3. WAV (Wave)- Format yang paling meluas. mampu menyokong rakaman dengan saiz sampel setinggi 8 bit dan 6 bit samada mono atau stereo.
  4. MP3 (MPEG Level 3)- Format yang semakin popular terutamanya penyaluran muzik melalui internet

Audio banyak membantu kita dalam menenuhi kehendak dan kepuasan kita. Dengan adanya audio maka hidup kita tidak sunyi dan bosan. Teknologi banyak menyokong kepada perubahan keadaan pada zaman sekarang. Jadi, bunyi atau audio juga terlibat dalam kehidupan semasa kita pada hari ini.

Selasa, 31 Mac 2009

ELEMEN MULTIMEDIA..

Multimedia terdiri daripada 5 elemen penting iaitu:
  1. Grafik,
  2. Teks,
  3. Animasi,
  4. Video dan
  5. Audio.

Elemen ini boleh mempengaruhi sesuatu kerja yang dihasilkan. Untuk mendapat hasil kerja yang menarik, kita mestilah menggabungkan kelima-lima eleman ini untuk menarik perhatian penonton.

Tetapi dalam tugasan ini, saya akan menerangkan tentang 3 elemen dalam multimedia sahaja iaitu Grafik, Video dan Audio.


GRAFIK


Grafik merupakan elemen penting yang terdapat dalam multimedia. Apa yang saya faham, grafik ialah maklumat atau paparan yang terdiri daripada lukisan, ukiran, gambar rajah, simbol dan lain-lain bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maklumat atau idea. Grafik juga menrupakan persembahan visual dan ia membantu kita dalam menyampaikan sesuatu idea atau maklumat yang sukar untuk disampaikan melalui teks atau tulisan. Ia juga melibatkan lukisan yang abstrak dan boleh dilakukan dengan menggunakan perisian tertentu dalam komputer untuk memudahkan kerja kita.



Secara amnya, grafik terbahagi kepada dua iaitu:

  1. Imej bitmap
  2. Imej vektor

Imej bitmap adalah berkaitan dengan piksel yang mana imej bitmap terbentuk daripada kumpulan piksel yang terdapat dalam suatu imej dan piksel itu mempunyai bit-bit yang mewakili warna dan intensiti. Imej bitmap ini melibatkan saiz fail yang besar dan resolusi serta kedalaman memberi kesan kepada imej bitmap. Ia bergantung kepada resolusi. Jika resolusi imej tinggi maka ia akan menghasilkan imej yang tajam dan licin berbanding dengan resolusi yang rendah. Resolusi juga memberi kesan kepada saiz fail.




Antara perisian yang digunakan untuk imej bitmap ialah:

  1. Adobe Photoshop
  2. Corel Draw
  3. Corel Photo Paint
  4. Paintshop Pro

Format untuk imej bitmap ialah seperti:

  1. BMP- iaitu yang paling lama dan sesuai untuk menyimpangrafik dalam kualiti yang tinggi kerana format ini tidak memadatkan sesuatu imej. Format fail ini juga boleh diterima oleh mana-mana perisian.
  2. PICT- format ini biasanya digunakan pada komputer Apple Macintosh. Ia juga boleh digunakan untuk imej bitmap atau vektor.
  3. TIFF- Format ini biasanya digunakan oleh perisian pengimbas dan ia boleh dimampatkan.
  4. GIF- format ini meluas dan digunakan juga bagi www. Ia menggunakan 256 warna atau kurang dari itu. Imej dari format ini boleh digunakan untuk menghantar imej melalui talitan telefon.
  5. JPEG- Format ini paling sesuai untuk gambar foto tetapi kurang sesuai untuk huruf atau nombor dan juga lakaran.
Manakala imej vektor pula dikenali sebagai grafik berstruktur atau berorientasikan objek. Imej vektor merupakan asas pada lukisan atau objek seperti garis, bulatan, segi empat dan lain-lain. Grfik ini terbentuk melalui siri arahan yang mengarahkan bagaimana objek itu akan dilukis. Ia boleh diwakili melalui formula matematik kerana melibatkan geometri. grafik vektor tidak bergantung kepada resolusi dan juga tidak terdiri dari piksel. Grafik vektor juga melibatkan jalur, garisan dan "Anchor point" memrupakan titik perkaitan yang digunakan untuk menyambung garisan. Ia juga mempunyai garisan yang terbuka dan tertutup. Dalam grafik vektor, garis lengkung dan garis lurus pada setiap satu titik menunjukkan ia dikawal oleh kepanjangan pemegangnya dan sudut masing-masing. seperti gambar dibawah.


Antara perisian grafik vektor ialah:
  1. Macromedia Freehand
  2. Adobe illustrator
  3. Factal Design Expression

Format grafik vektor ialah:

  1. CDR- Format yang disediakan untuk perisian Coreldraw.
  2. CGM- Format yang paling meluas digunakan.
  3. DRW- Biasa digunakan oleh Microsoft Designer dan program yang menyokong perisian ini ialah Microsoft Word, Ami Pro dan lain-lain.
  4. DXF- Format untuk lukisan kejuruteraan dan senibina. Digunakan juga oleh program AutoCAD.

Rabu, 11 Februari 2009

TYPEFACE

Jenis-jenis typeface:



Isnin, 9 Februari 2009

TEKS

Ini adalah tugasan yang ketiga iaitu berkaitan teks. Di bawah ini terdapat beberapa contoh teks.
TEKS ATAS BEG


TEKS ATAS KAD MATRIK



TEKS ATAS BAJU


TEKS ATAS KAIN RENTANG

Isnin, 2 Februari 2009

MULTIMEDIA DALAM PELBAGAI BIDANG

Sekarang adalah zaman serba canggih dan kebanyakan masyarakat sekarang bergantung kepada teknologi. Multimedia adalah sangat popular. Multimedia ini adalah penggunaan komputer untuk menyajikan dan mengabungkan teks, suara, gambar, animasi dan video dengan alat bantu dan koneksi. Nama lain bagi alat bantu iaitu "tool" manakala koneksi adalah "link". Multimedia ini banyak membantu pengguna untuk berinteraksi, berkarya, dan berkomunikasi.

Multimedia ini terbahagi kepada pelbagai bidang iaitu bidang perniagaaan, hiburan, ekonomi, pendidikan, politik, perubatan dan sebagainya. saya memfokuskan kepada bidang pendidikan yang mana ia dapat membantu dalam pengajaran agar ia menjadi lebih baik.

  • MULTIMEDIA DALAM BIDANG PENDIDIKAN


Multimedia dalam pendidikan banyak membantu para pengajar dan pelajar dalam memahami dan mendapat maklumat dengan adanya bunyi, grafik dan lain-lain. sebagai contoh, cuba perhatikan mana-mana buku teks sekolah atau buku rujukan lain yang anda miliki, tidak kira banyak mana warna yang digunakan, buku tersebut masih lagi gagal mengatasi kelebihan yang ditawarkan di dalam sesebuah sistem multimedia.


Contoh-contoh multimedia dalam pendidikan ialah seperti kamus multimedia elektronik yang memaparkan makna sesuatu perkataan atau istilah yang dikehendaki dengan menggunakan pelbagai media sokongan, sumber rujukan elektronik iaitu membantu pengguna untuk mencari maklumat contoh sumber rujukan eektronik iaitu tutorial interaktif, buku elektronik dan sebagainya, simulasi kertas kerja, e-learning serta eksperimen atau ujikaji juga merupakan contoh multimedia dalam pendidikan.

Sumber: Jurnal pendidikan 1999/2000, Jilid 2, Bil 3. Gaya Pembelajaran dan

penggunaan Multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran.


  • MULTIMEDIA DALAM BIDANG ANIMASI.....

Animasi ini adalah paparan pantas dari susunan imej-imej seni 2-D atau posisi model agar menghasilkan ilusi gerakan. Animasi ini dihasilkan dengan pelbagai cara. Kaedah persembahan animasi yang paling laris ialah sebagai program wayang gambar atau video, namun terdapat juga cara-cara lain untuk mempersembahkan karya animasi.

Animasi komputer adalah seni menghasilkan gambar bergerak melalui penggunaan komputer dan merupakan sebahagian bidang komputer grafik dan animasi. Animasi semakin banyak dihasilkan melalui grafik komputer 3D walaupun grafik komputer 2D masih banyak. Kadangkala sasaran animasi adalah komputer itu sendiri, kadangkala sasaran adalah perantaraan lain, seperti filem.

Untuk menghasilkan gambar pergerakan, imej dipaparkan pada skrin komputer dan diganti dengan imej baru yang seiras gambar sebelumnya dengan pantas. Teknik ini serupa dengan bagaimana gambar bergerak dihasilkan melalui televisyen dan filem. Animasi komputer 3D pada asasnya merupakan pengganti digit bagi seni animasi gerak pegun.Patung animasi dibina pada skrin komputer dan dipasang dengan rangka siber. Kemudian anggota badan, mata, mulut, pakaian, dan lain-lain bagi patung 3D digerakkan oleh juruanimasi. Akhirnya, animasi dihasilkan. Contohnya cerita Chicken Little.

Sumber: http://www.youtube.com/



Isnin, 5 Januari 2009

SHIERA TETAP SHIERA



Hai.. salam perkenalan dan salam ukhuwah dari saya, Shiera Ideris... Nak tahu tentang saya??? Jom kita baca. Saya Siti Syahirah anak kepada pasangan suami isteri iaitu Ideris bin Hamat dan Ainon binti Ibrahim.. Saya mesra dengan panggilan manja iaitu SHIERA.. Saya Mula melihat muka bumi ciptaan Allah ini pada 27 Disember 1986. Zodiak saya ialah Capricorn. Saya berasal dari negeri cik Siti Wan Kembang iaitu negeri Kelantan. Saya merupakan anak kembar kepada pasangan Ideris dan Ainon. Saya sudah lama tidak mendapat kasih sayang seorang ayah kerana ayah saya sudah kembali ke rahmatullah semasa usia saya 14 tahun. Saya hanya mempunyai ibu dan 3 orang kakak serta 2 orang adik. Saya merupakan anak ke-4 daripada 6.Hasil titik peluh ibu saya maka dapatlah saya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di Universiti Utara Malaysia, Kedah. Sekarang saya tahun kedua, semester ketiga dengan mengambil program Komunikasi. Sebelum saya melanjutkan pengajian di UUM, saya mengambil diploma di Politeknik Kota Bharu, jurusan Pemasaran.
Semua orang ada haiwan peliharaan termasuklah saya. Haiwan peliharaan saya ialah ikan dan rama-rama tetapi saya sangat takut pada kucing dan haiwan yang lain. Nak tahu tak warna kegemaran saya tak? Saya sangat suka pada warna putih dan hitam. Makanan kegemaran saya pula mestilah kari dan makanan yang pedas-pedas. Uuurmmm.. bestnya.. Minuman pula mestilah yang jadikan kita kuat dan sihat iaitu milo... Hobi saya waktu lapang pula saya suka baca novel dan dengar radio. Saya boleh disifatkan sebagai seorang yang tidak suka dikongkong, mudah mesra, beremosi dan pentingkan persahabatan.



Oklah.. Saya rasa itu sahaja dari saya, Shiera Ideris....


Wassalam...